fbpx
Mangsa banjir di Selangor meningkat. - GAMBAR HIASAN

Banjir: Bilangan mangsa meningkat di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 171 orang setakat pukul 1. 58 tengah hari tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 51 keluarga di lima daerah itu ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, daripada jumlah itu, Sabak Bernam merekodkan mangsa paling tinggi iaitu 71 orang yang berlindung di dua PPS. Hulu Langat pula merekodkan 41 mangsa, manakala Klang (26) dan Shah Alam (11) masing-masing berada di satu PPS.

“Kuala Selangor pula mencatatkan seramai 22 mangsa yang berlindung di dua buah PPS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI