fbpx
PULISIC meledak gol tunggal perlawanan untuk memberikan kemenangan buat Milan ketika mengatasi seteru setempat, Inter awal pagi semalam. - AFP

Serie A: Milan kuasai derbi Della Madonnina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Penjaga gol AC Milan, Mike Maignan wajar dijulang selaku wira ketika pasukannya meraih kemenangan 1-0 pada aksi derbi Della Madonnina menentang seteru setempa Inter Milan, awal pagi semalam.

Inter bukan sahaja kecewa berdepan kekalahan itu, tetapi mereka juga kehilangan status sebagai pendahulu Serie A yang kini dirampas oleh AS Roma, malah mereka juga jatuh ke kedudukan keempat.

Pada perlawanan itu, Christian Pulisic muncul wira Milan apabila meledak gol pada minit ke-54, namun ketangkasan Maignan lebih mencuri tumpuan apabila dia menyelamatkan sepakan penalti Hakan Calhanoglu pada minit ke-74 untuk Rossoneri meraih kemenangan.

Pengendali Milan, Max Allegri mengakui pasukan berdepan kesulitan untuk mempamerkan aksu terbaik dan mendominasi perlawanan pada peringkat awal, namun para pemain pantas menyesuaikan diri.

“Kemenangan yang hebat dan perlawanan juga menghiburkan. Pada 15 minit di babak pertama, kami tidak bermain pada tahap terbaik, namun selepas itu ia berubah di mana ada empat ke lima situasi kami mampu tampil lebih baik.

“Kami sepatutnya mampu menyudahkan beberapa hantaran lintang dan masa sama kami juga mampu mengekang serangan Inter. Kami juga mampu bertahan dengan baik dalam situasi bola mati,” katanya.

Kemenagan itu menyaksikan Milan yang tidak pernah tewas kepada seteru setempat itu sejak Inter menjulang kejuaraan Serie A pada musim 2023/24 apabila meraih empat kemenangan dan dua kali seri dalam enam pertemuan.

Kekalahan Inter juga merencatkan semangat mereka yang kini sedang membuat persediaan untuk menentang Atletico Madrid pada saingan Liga Juara-Juara dalam misi mengekalkan rentak kemenangan selepas cemerlang dalam empat aksi awal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI