fbpx
Md Amin (kiri) dan Durrishah (kanan) ketika menyempurnakan Majlis Menandatangani MoA Antara IJNUC dengan UPSI Bagi Menawarkan Program Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) di Bangunan Yayasan Selangor, hari ini.

IJNUC, UPSI kerjasama tawar Program Sarjana Muda Psikologi (Kepujian)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti IJN (IJNUC) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sebagai permulaan kerjasama strategik dengan menawarkan Program Sarjana Muda Psikologi (Kepujian).

Program berkenaan dijangka ditawarkan pada September 2026 setelah memperoleh kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Naib Canselor IJNUC, Prof. Emerita Dr. Durrishah Idrus, berkata, kerjasama tersebut adalah komitmen kedua-dua institusi bagi memajukan akademik dan memperkukuh peranan psikologi dalam penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Ini adalah peluang baharu bagi IJNUC, memandangkan psikologi penting dalam memahami tingkah laku manusia dan kesejahteraan mental untuk penjagaan pesakit secara menyeluruh.

“Gabungan kepakaran IJNUC dan kecemerlangan akademik UPSI akan melahirkan profesional masa depan yang berkemahiran dan belas kasihan, keseimbangan penting dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan Majlis Menandatangani MoA Antara IJNUC dengan UPSI Bagi Menawarkan Program Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) di Bangunan Yayasan Selangor, di sini hari ini.

MoA tersebut telah ditandatangani oleh beliau bersama Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff.

Sementara itu Md. Amin berkata, kerjasama terbabit mencerminkan misi berterusan UPSI untuk memperluas impak pendidikan melalui perkongsian strategik yang menyepadukan pengetahuan akademik dengan aplikasi dunia sebenar.

“UPSI berbangga dapat bekerjasama dengan IJNUC dalam membentuk graduan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan psikologi tetapi juga keupayaan mengaplikasikannya dengan berkesan dalam persekitaran penjagaan kesihatan.

“Integrasi psikologi ke dalam bidang perubatan adalah tepat pada masanya, terutamanya ketika Malaysia terus menekankan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi sebagai keutamaan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI