IPOH – Mangsa banjir di negeri ini mencecah 1,158 penduduk melibatkan 384 buah keluarga dari empat buah daerah setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Jurucakap Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa tersebut ditempatkan di 18 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dengan daerah Perak Tengah merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 433 penduduk (143 keluarga).
“Ia diikuti Manjung iaitu seramai 429 mangsa dari 136 buah keluarga serta Larut, Matang dan Selama dengan 36 penduduk (10 keluarga) kini berlindung di sebuah PPS,” katanya di sini hari ini.
Katanya, daerah Hilir Perak pula January mempunyai empat mangsa dari sebuah keluarga dengan mereka ditempatkan di sebuah PPS di kawasan terbabit.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Manjung dan Perak Tengah mendapati terdapat kawasan yang terjejas banjir semalam kini semakin pulih namun hujan berterusan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk ekoran kemungkinan berlakunya fasa kedua banjir. – KOSMO! ONLINE














