fbpx
Anggota bomba memantau keadaan banjir yang berlaku di Tasek Gelugor. Foto JBPM

Banjir P. Pinang: 242 mangsa di 4 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebanyak 57 keluarga melibatkan 242 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah negeri ini, setakat pukul 7.46 pagi tadi.

Menurut laman web info bencana JKM, masing-masing mereka berada di tiga PPS yang dibuka di Seberang Perai Utara manakala sebuah lagi di Seberang Perai Tengah.

“Setakat pagi ini, 192 mangsa ditempatkan di PPS Desa Puri, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya dan Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi.

“Di Seberang Perai Tengah pula, seramai 50 mangsa tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir,” katanya di sini.

Menurut laman web itu, kesemua mangsa terlibat terdiri daripada 80 perempuan dewasa, 72 lelaki dewasa, 56 kanak-kanak lelaki, 32 kanak-kanak perempuan serta dua bayi.

Setakat pukul 8.15 pagi ini, hujan masih turun di beberapa kawasan di daerah ini sejak awal pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI