fbpx
Sebahagian daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Panggau gembira menerima bantuan dalam satu majlis di sekolah tersebut baru-baru ini.

Nestle bakal bantu lebih 2,000 pelajar untuk program Back-to-School 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah membuat persediaan untuk program Back-to-School yang telah dianjurnya sejak 10 tahun lalu dengan bakal memberi bantuan kepada lebih 2,000 pelajar dari seluruh negara.

Program ini melibatkan lebih daripada 100 sukarelawan di bawah platform  Nestlé Sayang Komuniti yang terlibat dalam aktiviti pembungkusan dan pengagihan kelengkapan sekolah kepada keluarga yang memerlukan.

Sehingg kini, syarikat telah membantu lebih daripada 16,300 anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Melalui kerjasamanya dengan NGO Empire Project, program ini telah menyalurkan keperluan persekolahan dan produk makanan penting bagi
meringankan beban keluarga, agar setiap anak dapat memulakan tahun persekolahan dengan semangat dan kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan berjaya.

Tahun ini, bagi memulakan agihan di peringkat nasional, seramai 164 pelajar di Perlis menerima pelbagai barangan keperluan persekolahan termasuk beg, pakaian seragam, kasut serta pek keluarga Nestlé yang mengandungi Milo, Everyday, Maggi, Nestum dan bijirin sarapan Nestle.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle,  Raja Nurmaria Murni berkata,  pencapaian ini mencerminkan hasrat Nestlé untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

“Menyokong pendidikan kanak-kanak merupakan antara cara paling bermakna
untuk membina komuniti yang lebih kukuh serta masa depan yang lebih cerah bagi negara.

“Selaras dengan matlamat kami untuk mempertingkatkan kualiti hidup untuk semua, amat membanggakan apabila melihat bagaimana, bersama Empire Project, kami telah menjangkau lebih 16,300 pelajar sepanjang sedekad lalu.

Pencapaian ini membuktikan bahawa tindakan kecil yang penuh prihatin mampu memberi kesan yang berkekalan dan kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini bagi memberi manfaat kepada lebih banyak komuniti yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, bagi Empire Project, kerjasama ini melambangkan satu perjalanan berteraskan matlamat yang sama.

Pengasas Empire Project,  Mohd Ashraff Khan berkata, di awal
kerjasama dengan Nestlé, matlamatnya hanyalah untuk membantu mempersiapkan kanak-kanak ke arah mencapai kecemerlangan di sekolah.

“Setelah sedekad berlalu, melihat bagaimana inisiatif ini telah menyentuh begitu banyak kehidupan insan muda benar-benar mengingatkan kami tentang kekuatan kerjasama dan betapa banyak yang dapat dicapaiapabila kita bersatu demi kebaikan komuniti,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI