fbpx
Sebahagian mangsa yang ditempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin di Kulim, hari ini. - Foto oleh AZAHAR HASHIM

404 mangsa banjir di Kulim berlindung di 3 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Jumlah mangsa banjir di Kulim semakin meningkat apabila seramai 404 mangsa daripada 122 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 malam ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik dan Surau Keda Naga Lilit.

“Jumlah mangsa tertinggi adalah di PPS Masjid Al-Muhtadin seramai 184 orang diikuti SK Permatang Tok Dik (176) dan Surau Keda Naga Lilit (44),” katanya di sini, hari ini.

Sembilan kampung yang terjejas adalah Kampung Sungai Seluang Atas, Kampung Sungai Seluang Bawah, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Siam, Kampung Titi Tok Aris, Kampung Paya Serdang, Kampung Batu 7 3/4 Padang Serai, Kampung Balik Bukit dan Kampung Naga Lilit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI