fbpx
Gambar menunjukkan kopi itu ditabur serbuk lipas dan cacing yang telah dikeringkan. - Weibo

Muzium perkenal kopi campuran lipas, cacing 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah muzium di China mengundang perhatian orang ramai selepas melancarkan minuman istimewa berupa kopi yang ditaburkan dengan serbuk lipas, lapor stesen penyiaran NDTV hari ini. 

Selain serbuk lipas, minuman berkafein itu dicampur cacing atau ulat yang telah dikeringkan. 

Kopi tersebut dijual pada harga 45 yuan (RM27) secawan, manakala pembeli menggambarkan minuman itu mempunyai rasa hangit dan sedikit masam. 

Seorang pekerja kafe muzium memberitahu akhbar The Cover bahawa minuman itu dilancarkan pada Jun lalu, namun menjadi tular baru-baru ini. 

Lebih mengejutkan, kafe muzium itu dilaporkan menjual lebih 10 cawan ‘kopi lipas’ dalam sehari. 

Semua bahan yang digunakan termasuk serbuk serangga diperoleh daripada kedai perubatan tradisional Cina (TCM) dan dijamin selamat. 

TCM mendakwa bahawa serbuk lipas mampu melancarkan peredaran darah, manakala cacing kaya dengan protein dan membantu meningkatkan imuniti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI