fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Edahmohazar yag dimuat naik di laman Threads.

[VIDEO] ‘Yang nak pergi Hatyai cancel dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca buruk dan banjir yang melanda Hatyai sejak semalam memaksa ramai pelancong Malaysia membatalkan rancangan percutian ke bandar itu selepas beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air.

Menerusi satu hantaran di laman Threads oleh salah seorang mangsa, @Edahmohazar memaklumkan situasi banjir yang semakin meruncing dan mencadangkan kepada rakyat Malaysia yang lain agar menghentikan hasrat untuk bercuti ke Hatyai.

“Hatyai kini secara rasmi dilanda banjir. S Hatyai Hotel yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini juga turut terjejas. Mereka yang merancang untuk masuk ke Hatyai dinasihatkan membatalkan perjalanan,” ujarnya.
Situasi di lapangan bertambah merisaukan apabila ramai pengguna lain mula berkongsi pengalaman masing-masing yang terperangkap di bandar itu.

“Saya dan keluarga terperangkap selama lima jam mencari laluan ke hotel, namun masih belum menemui jalan yang boleh dilalui,” ujar @Syafiasuhaimi.

“Sekarang saya buntu memikirkan bagaimana hendak mendapatkan makanan,” kata @Lulurflawlessamiess.

Salah seorang pengguna pula berkongsi pengalaman dirinya dan suami terpaksa berpatah balik selepas melihat paras air meningkat.

“Selepas melihat kemas kini bahawa paras air semakin meningkat, saya dan suami segera membuat keputusan untuk pulang. Alhamdulillah kami selamat.
Semoga urusan anda yang masih terperangkap dipermudahkan,” ujar @Amraibrhim.

Selain itu, beberapa netizen turut meluahkan rasa kecewa kerana sudah membuat tempahan hotel dan bas, namun terpaksa membatalkan hasrat untuk bercuti ke kawasan tesebut.

“Nampaknya tiada rezeki untuk pergi minggu depan. Hotel dan bas sudah ditempah, jadi saya terpaksa membuat proses ‘refund’,” kata @Shuhadada16.

“Saya dijadualkan ke sana pada 25 haribulan ini, dan hotel sudah ditempah, kecewanya terpaksa saya batalkan,” ujar @Zeelaadam.

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan terhadap ahli keluarga yang tetap perlu ke sana atas urusan kerja.

“Saya benar-benar risau. Suami perlu menaiki penerbangan ke Hatyai esok atas urusan kerja di laut. Minggu lalu penerbangannya dibatalkan kerana ribut dan kini berlaku banjir pula,” kata @Shahiraadli.

Terdahulu, menurut laporan Bangkok Post pada Jumaat, bukan sahaja Hatyai yang terjejas, malah beberapa daerah lain di wilayah Songkhla turut dilanda banjir termasuk Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin dan Sathing Phra.

Wilayah berkenaan juga telah diisytiharkan sebagai zon bencana kecemasan susulan keadaan yang semakin membimbangkan.

Setakat ini, hampir 18,000 isi rumah dilaporkan terjejas akibat bencana tersebut, namun tiada kecederaan atau kematian direkodkan.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI