fbpx
Tangkap layar siaran langsung seorang rakyat Malaysia di TikTok menunjukkan keadaan banjir di Hatyai ketika ini.

‘Kami mungkin lama sangkut banjir di Hatyai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki dari Malaysia berkongsi kebimbangannya apabila terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir yang sedang melanda wilayah itu hari ini.

Menerusi siaran langsung di TikTok, lelaki tersebut turut berkongsi suasana terkini kejadian banjir yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terkandas di sana.

“Mungkin kami di sini ‘sangkut’ lebih lama, kalau lihat keadaan ini, hujan makin lebat dan tiada tanda-tanda nak berhenti.
“Saya tanya orang sini, katanya kebiasaan hujan lebat seperti ini berlanjutan sehingga beberapa hari, doakan kami semua selamat,” kata lelaki tersebut.

Tambahnya, dia berada di Hatyai adalah disebabkan urusan kerja selama tiga hari sehingga esok, namun mungkin berada lebih lama selepas kejadian banjir yang mula berlaku awal pagi tadi.

Katanya, kawasan tumpuan pelancong seperti Florida Market turut dilimpahi air banjir akibat hujan yang tidak berhenti sejak semalam.

“Setahu saya ramai juga orang Malaysia yang sangkut banjir di sini. Saya tidak tahu lagi adakah hotel penginapan ni akan sambung secara percuma atau tidak.

“Orang sini juga kata hujan kali ini amat lebat dan mereka bimbang akan berlaku banjir besar dalam tempoh beberapa hari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI