fbpx
Amirudin ketika sesi penggulungan perbahasan di DUN Selangor hari ini. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

60 peratus penerima LZS bukan berasal dari Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mendedahkan kira-kira 60 peratus penerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bukan berasal dari Selangor.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika menggulung perbahasan Belanjawan Selangor 2026 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Menurut Amirudin, antara penerima-penerima bantuan tersebut adalah termasuk mereka yang berhijrah dari Pantai Timur.

“Semalam saya apabila merujuk semula rekod-rekod para penerima zakat adalah semua tidak semuanya adalah rakyat atau mereka yang lahir di negeri ini.

“60 peratus dalam kalangan mereka datang dari luar negeri ini. Saya boleh sebutkan negeri jiran antara penerima yang terbesar (ramai), ada lagi 10 peratus dari Pantai Timur dan selebihnya negeri-negeri lain,” katanya.

ADUN Sungai Tua itu turut memaklumkan bahawa kadar kemiskinan relatif Selangor kekal rendah dan menunjukkan penurunan ketara pada tahun ini.

“Kadar kemiskinan relatif Selangor pada 2024 turun kepada 8.5 peratus. Ini menjadikan kedua yang terendah selepas Pahang.

“Jumlah mereka yang dianggap miskin di Selangor sudah menurun ke paras digit tunggal,” jelasnya.

Amirudin berkata, kerajaan negeri bersama LZS menjalankan kemas kini data kemiskinan secara berkala bagi memastikan intervensi sampai kepada golongan sasaran.

“Saya dengar ucapan daripada Batang Kali (perbahasan), ‘ini realiti, realiti, realitinya’. Itu angka yang jelas, cubaan kita setiap enam bulan dan data kita kemaskini setiap bulan dan LZS begitu mengambil masanya sehabis baik.

“Itulah bebanan atau tanggungjawab yang harus dipikul sesuai dengan kerancakan ekonomi, orang berhijrah dan jumlah penduduk yang meningkat dan akhirnya kita juga menangani isu-isu kemiskinan supaya ia ditangani,” ujarnya.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 350,000 penduduk menerima pelbagai jenis bantuan zakat daripada LZS. Pada tahun ini seramai 77,782 ketua keluarga yang terdiri daripada asnaf, fakir, miskin dan mualaf didaftarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN