fbpx
Gambar hiasan.

Op Bleach: 16 saksi dipanggil sindiket ‘counter setting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 16 individu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan urusan mempercepat permohonan pendatang asing di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Menurut sumber, SPRM kini meneliti penglibatan beberapa ejen syarikat yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam urusan tersebut. Kertas siasatan dijangka siap sekitar pertengahan Disember.

“Siasatan merangkumi kesalahan meminta atau menerima rasuah serta menawarkan suapan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

“SPRM turut menyiasat di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 berkaitan pemilikan harta dipercayai hasil rasuah, selain kemungkinan pelanggaran Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang melibatkan penjawat awam menerima barangan berharga tanpa balasan,” katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi turut mengesahkan perkembangan siasatan itu.

Pada 12 November lalu, Bahagian Perisikan SPRM menahan 10 pegawai agensi penguat kuasa dan seorang pesara menerusi Op Bleach, selepas mereka disyaki menerima habuan bagi mempercepat pengesahan pendatang asing sebagai pekerja sah dalam program RTK.

Operasi itu merupakan tindakan susulan SPRM untuk melumpuhkan sindiket ‘counter setting’ di pintu masuk negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI