fbpx
Pekerja memegang sepanduk semasa mogok di luar pusat pengedaran pantai timur Starbucks di York, Pennsylvania pada Rabu lalu. - AFP 

2,000 barista Starbucks lancar mogok di 65 bandar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seramai 2,000 pekerja Starbucks melancarkan mogok selama beberapa hari melibatkan 95 kafe kopi premium tersebut di 65 bandar Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita United Press International. 

Mogok itu bermula pada Red Cup Day, hari jualan terbesar Starbucks dalam setahun pada 13 November lalu. 

“Semalam (kelmarin), barista memulakan mogok di pusat pengedaran pantai timur Starbucks. Hari ini (semalam), kedai kesatuan di 25 bandar telah menyertai mogok ULP (amalan buruh tidak adil) terbuka nasional kami. Kesatuan kami tidak berundur, malah baru bermula,” tulis Kesatuan Sekerja Starbucks di platform X.

Kesatuan itu menyatakan bahawa kira-kira 2,000 barista melancarkan mogok di 95 cawangan Starbucks di 65 bandar.

Mereka juga melancarkan piket di luar pusat pengedaran syarikat di York, negeri Pennsylvania. 

“Kebanyakan kedai Starbucks terpaksa ditutup pada hari pertama piket tersebut, manakala barista yang tidak hadir bekerja menyebabkan 50 lokasi ditutup pada hari lain,” kata kesatuan itu. 

Starbucks dalam satu kenyataan berkata, beberapa kedai yang berdepan isu kekurangan kakitangan dibuka semula dengan pantas, manakala kurang satu peratus lokasi cawangan mengalami gangguan.

“Jika Starbucks terus menghalang kontrak yang adil dan enggan menamatkan pembubaran kesatuan sekerja, mereka akan menyaksikan perniagaan itu terhenti,” kata jurucakap Kesatuan Sekerja Starbucks, Michelle Eisen dalam satu kenyataan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN