fbpx
Azizee.

Rumah di Batu Kawan jadi stor simpan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki tempatan bersama rampasan dadah dianggarkan bernilai RM234,900 dalam serbuan di lokasi di Seberang Perai antara kelmarin hingga petang semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Seberang Perai Tengah, suspek berusia 30 tahun ditahan dalam sebuah kenderaan di kawasan Seberang Jaya.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui 18 peket plastik lutsinar setiap satu disyaki dadah jenis heroin seberat 6,205 gram (g) dan lima peket dadah jenis methamphetamine anggaran berat 1,414g serta 97 keping aluminium foil yang berisi pil dipercayai eramin 5 sebanyak 1,470 biji dan satu peket plastik lutsinar setiap satu dipercayai dadah jenis ekstasi seberat 57g.

“Berdasarkan siasatan lanjut terhadap suspek membawa kepada satu lagi serbuan di sebuah kediaman di Batu Kawan yang dijadikan tempat penyimpanan dadah.

“Sebanyak 10 bungkusan plastik berisi ketupan mampat daun kering disyaki ganja seberat 10,365g dan 20 peket plastik setiap satu berisi heroin yang dianggarkan seberat 8,969g dirampas di kediaman terbabit dengan nilai rampasan sebanyak RM234,900,” katanya.

Turut disita ialah sebuah motosikal dan rantai emas yang keseluruhannya bernilai RM15,900.

Ujarnya, aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket terbabit dipercayai aktif sejak pertengahan tahun ini.

“Hasil saringan air kencing suspek juga didapati negatif dadah.

“Suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah itu kini direman selama tujuh hari hingga 25 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI