fbpx
Petugas bomba memberikan bantuan kepada mangsa yang pengsan dalam tren monorel pagi tadi.

Rapid Rail mohon maaf, monorel kembali pulih pukul 11.33 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn. Bhd. memohon maaf kepada semua pengguna susulan gangguan perkhidmatan laluan monorel pagi tadi sebelum operasi kembali pulih sepenuhnya pada pukul 11.33 pagi tadi.

Rapid KL dalam kenyataan berkata, syarikat pengendali itu memaklumkan insiden berlaku pada kira-kira pukul 8.50 pagi apabila tren bernombor 25 mengalami gangguan bekalan kuasa, menyebabkan ia berhenti di antara Stesen Medan Tuanku dan Stesen Titiwangsa.

“Pasukan kejuruteraan Rapid Rail bertindak menunda tren terbabit ke depoh untuk pemeriksaan lanjut.

“Sementara itu, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara ulang-alik percuma yang diaktifkan sejurus kejadian telah ditamatkan selepas operasi kembali stabil dan kekerapan tren diselaraskan secara berperingkat,” kata kenyataan itu hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penumpang wanita berusia 58 tahun pengsan di dalam tren berkenaan sebelum dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berada di lokasi untuk mengeluarkan mangsa.

Pasukan perubatan turut memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa pulang oleh ahli keluarga.

Manakala, semua 373 penumpang lain dipindahkan ke Stesen Medan Tuanku bagi meneruskan perjalanan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI