fbpx
Gambar hiasan.

Warga emas maut digilis lori di Jalan Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangi dirempuh dan digilis lori dalam kemalangan di Jalan Ipoh menuju Projek Perumahan Rakyat (PPR), di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.13 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori berkenaan yang datang dari arah Jalan Ipoh sedang membelok ke kiri menuju Jalan PPR Kampung Batu.

“Pada masa sama, motosikal mangsa yang datang dari arah Jalan Kampung Batu membelok ke kanan menyebabkan berlakunya perlanggaran.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa, seorang lelaki berusia 79 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dan digilis tayar belakang lori tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, katanya, pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Mohd. Zamzuri turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati terutama ketika membelok di persimpangan serta memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum meneruskan perjalanan.

Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H. S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN