fbpx
Tangkap layar video Nur Laylaa Batrysha yang juga bayi yatim piatu sedang merengek dan ditenangkan waris keluarga.

[VIDEO] ‘Hanya Allah tahu perit ujian bayi yatim piatu Laylaa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rengekan bayi mangsa kemalangan yang juga anak yatim piatu, Nur Laylaa Batrysha Muhammad Lokmanorhakim berusia enam bulan, meruntun jiwa dan mengundang sebak pengguna media sosial.

Menerusi video dimuat naik seorang wanita pada TikTok Hot Latte, memperlihatkan bayi itu merengek dan sedang ditenangkan oleh beberapa individu iaitu waris keluarganya.

Pada kapsyen video berkenaan serta beberapa hantaran lain berkaitan Nur Laylaa Batrysha, wanita itu turut menitipkan doa dan pesanan semoga bayi itu membesar dengan sejahtera.

“Allahuakbar, kuat ya dik. Dalam sekelip mata, baby Laylaa jadi anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya pergi dijemput Ilahi selepas kemalangan.

“Hanya Allah tahu peritnya ujian ini untuk si kecil. Moga hidupnya terus dalam rahmat dan kasih sayang,” kata wanita itu pada kapsyen.

Wanita itu yang berkata, sebagai waris keluarga, Nur Laylaa Batrysha akan dibesarkan oleh mereka dengan kasih sayang.

“Dalam usia enam bulan, dunia telah merentap dua indan paling menyayangi kamu. Walaupun ibu dan ayah tiada lagi memelukmu, doa dan kasih mereka tetap mengiringimu setiap hari.

“Kami akan membesarkan kamu dengan penuh kasih sayang agar kamu tahu, kamu tidak pernah sunyi dan tidak pernah dibiarkan sendirian,” katanya.

Menerusi ruangan komen, orang ramai turut berkongsi kesedihan dan mendoakan bayi tersebut membesar dengan sihat.

“Ya Allah, semoga kamu cepat sihat dan sentiasa dalam jagaan Allah selalu sayang nak,” komen pengguna TikTok Yaya Malik.

“Tak berhenti menangis, semoga baby Laylaa dikelilingi orang-orang yang baik, dijaga dan dibelai dengan kasih sayang selalu. Kecil lagi,” komen Ibu & Nayla Arissa.

“Bau ibu tu dah tak ada. Aku tak boleh,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Kosmo! melaporkan, suami isteri maut dalam selepas Perodua Myvi mereka berlanggar dengan sebuah lori sawit dan turut menyebabkan sebuah Toyota Vios terkena serpihan, dalam kejadian kemalangan ngeri di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, Ahad lalu.

Mangsa yang maut ialah Nur Fatihah, 28, dan suaminya, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, manakala bayi pasangan tersebut, Nur Laylaa Batrysha terselamat dalam keadaan masih berada di dalam tempat duduk. – KOSMO! ONLINE

@pelangipetang1211_Allahuakhbar😭😭😭kuat yer dik…

♬ original sound – ☕️Hot Lattë

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN