JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan insiden seorang wanita ‘menangkap’ suaminya curang dengan adik kandungnya sendiri, lapor laman berita Terkini Network semalam.
Kejadian berlaku di Semarang, wilayah Jawa Tengah.
Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, wanita berkenaan dilihat tidak mampu menahan perasaan marah dan dia mamarahi adiknya sambil menyatakan kekecewaan mendalam.
Menuru keterangan, si adik mengaku sudah beberapa kali berlaku curang dengan abang iparnya.
Lebih mengejutkan, dia mengaku menerima bayaran sebanyak 300,000 rupiah (RM74) daripada abang iparnya setiap kali mereka ‘bersama’.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial, dengan ramai yang menyamakan situasi tersebut dengan filem Indonesia popular, Ipar Adalah Maut. – AGENSI














