fbpx
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-82 hari ini. FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

50 peratus tanah negara kekal hutan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia mengekalkan komitmen memastikan 50 peratus keluasan tanah negara kekal sebagai kawasan berhutan selaras aspirasi antarabangsa serta hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026 hingga 2030

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-82 hari ini.

Anwar berkata, ia menjadi platform penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memperkasakan pengurusan tanah negara secara optimum, seimbang dan mampan.

Katanya, mesyuarat turut memberi penekanan kepada usaha memantapkan kawal selia tanah agar lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat dan responsif terhadap keperluan semasa.

“Mesyuarat hari ini memberi penekanan kepada usaha memantapkan aspek kawal selia tanah supaya lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat serta responsif terhadap keperluan dan realiti semasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut menyeru kerjasama lebih kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi mempercepat proses kelulusan urusan tanah untuk tujuan pembangunan demi kebajikan rakyat, tanpa menjejaskan prosedur sedia ada serta menghormati bidang kuasa negeri.

Tambahnya, Kerajaan Madani komited mengangkat agenda pembangunan negara secara seimbang antara keperluan manusia dan kelestarian alam sekitar dengan prinsip kemampanan dijadikan tunjang utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN