fbpx
CKLAMOVSKI dianggap berjaya membentuk revolusi pasukan kebangsaan dengan pencapaian yang diraih setakat ini.

Pemain Harimau Malaya ‘setia’ dengan Cklamovski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Barisan pemain Harimau Malaya memiliki hubungan yang ‘harmoni’ dengan Peter Cklamovski selepas masa depan ketua jurulatih skuad kebangsaan itu hangat dipersoalkan di laman media ketika ini.

Penjaga gol skuad kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang mewakili rakan-rakan sepasukan mengakui tidak tahu mengenai spekulasi terbabit kerana hanya fokus dengan perlawanan getir menentang Nepal pada Selasa ini.

“Kami sebagai pemain amat gembira dengan beliau (Cklamovski). Saya tak dengar apa-apa khabar angin berkaitan dengan peletakan jawatan atau sebagainya.

“Ia bukan dalam bidang kuasa saya dan saya berasa tiada apa-apa. Saya berasa itu mungkin hanya sangkaan orang luar. Tetapi bagi saya, saya tak tahu apa-apa,” katanya ketika ditemui Kosmo! petang tadi.

Sikh Izhan ditemui media pada hari ini. -Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

Sebagai rekod, Cklamovski telah memimbing pasukan sejak Januari lepas mengambil dan berjaya bantu Malaysia meraih enam kemenangan dan satu seri dalam tujuh perlawanan.

Antara keputusan menarik yang diraih Harimau Malaya adalah menamatkan kemarau tanpa kemenangan selama 11 tahun menentang Vietnam selain menang ke atas Palestin dan seri ketika berdepan Cape Verde.

Namun, revolusi skuad kebangsaan sedikit terencat selepas menerima hukuman berat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan pada September lepas sekali gus menyaksikan masa depan Cklamovski menjadi tanda tanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN