fbpx
MEMAKAI baju dan seluar sukan berwarna hitam menjadi kelaziman Fazziq.

Fazziq suka gaya sporty, all black tubuh lebih toned

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dalam dunia yang semakin menitikberatkan kesihatan dan gaya, penyampai radio, pelakon dan finalis Hero Remaja 2021, Muhammad Fazziq Muqris Mohd. Shariff membuktikan bahawa bersenam bukan sekadar rutin fizikal, tetapi juga cerminan personaliti dan keyakinan diri.

Dikenali dengan gaya hidup aktif, dia yang mesra disapa Fazziq itu tidak hanya menjadikan aktiviti kecergasan sebagai sebahagian daripada jadual hariannya, tetapi turut menonjolkan cara berpakaian yang mencerminkan semangat sporty dan moden.

Bagi pemuda kelahiran Subang Jaya, Selangor itu, pakaian sukan bukan sekadar soal fungsi. Ia tentang keseimbangan antara keselesaan, prestasi dan gaya iaitu bagaimana seseorang boleh kelihatan segar, yakin dan bergaya walaupun sedang berpeluh di gimnasium atau berlari di taman.

Berkongsi dengan CitaRasa selepas satu sesi sukan pickleball di pusat beli-belah Pavilion Damansara Heights baru-baru ini, Fazziq memberitahu gaya pakaian sukannya berbeza mengikut aktiviti yang disertai.

“Jika saya bermain bola, sudah tentu saya akan gayakan jersi pasukan, namun jika saya berlari, brisk walk di kawasan rumah dan bermain sukan pickleball, lazimnya saya akan menggayakan baju tanpa lengan yang dipadankan dengan seluar pendek berwarna putih.

“Ini kerana bagi saya, seluar putih ini will never go wrong dan akan sesuai dengan semua warna baju,” katanya membuka bicara.

Mengulas lebih lanjut tentang pilihan warna, Fazziq berkata jika dia memilih memakai pakaian berwarna hitam, ia lazimnya akan dipadankan dengan seluar hitam juga untuk gaya senada.

Bagi jejaka berusia 25 tahun itu, pakaian all black itu juga lazimnya digayakan apabila dia bersenam di gimnasium.

“Pencahayaan lampu gimnasium dengan gabungan pakaian berwarna hitam akan menyerlah estetika tatkala bersenam, dengan menjadikan tubuh kita nampak lebih toned dan menyerlah.

“Sebagai contoh, dengan menggayakan jersi jenis fitted atau mengikut potongan badan, apabila saya merekod diri sendiri di gimnasium, ia akan menyerlahkan specific muscle yang saya mahukan,” katanya.

Cukup selesa menggayakan pakaian sukan sebagai pakaian harian, Fazziq bahkan mengakui dia sering bekerja, tidur dan melepak dengan rakan-rakan dengan memakai pakaian sukan.

“Jika ke konti radio, saya sering menyarung pakaian sukan. Namun, jika saya perlu kelihatan kemas atau lebih formal untuk acara-acara tertentu, saya akan berpakaian yang lebih sesuai mengikut keadaan,” katanya yang turut menyukai gaya streetwear untuk gaya harian.

Sementara itu, gaya hidup aktif yang menggabungkan keselesaan dan fungsi turut menjadi konsep pilihan jenama pakaian lelaki, The Shirt Bar, yang baru-baru ini memperkenalkan seleksi pakaian sukan IMPACT//MODE.

Pengasasnya, Serena Ang berkata jenama itu menggabungkan reka bentuk, teknologi dan kelestarian bagi koleksi itu dengan memperkenalkan seleksi pakaian menggunakan fabrik kapas organik yang lembut dan cukup selesa digayakan sepanjang hari.

“Sebagai jenama berasaskan matlamat yang berpusat pada reka bentuk, teknologi dan kelestarian, kami ingin menghasilkan koleksi yang menawarkan pelanggan pakaian yang mampu bergerak seiring dengan gaya hidup mereka sepanjang hari, sambil mengekalkan elemen gaya.

IMPACT//MODE menampilkan koleksi kemeja-T, kemeja-T polo, seluar panjang dan seluar pendek yang boleh dilipat kecil sehingga menjadi satu pouch, sesuai dibawa untuk bercuti atau diselit dalam beg gimnasium. Seluarnya dihasilkan menggunakan fabrik stretch-woven polyester yang sejuk dan kalis kedutan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN