fbpx
ONANA sedia dilepaskan oleh United sekiranya menerima tawaran apabila mereka yakin dengan kemampuan Lammens untuk menjadi penjaga gawang utama. - AFP

EPL: Man. United sudah sedia kehilangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilapor sudah membuat keputusan untuk melepaskan khidmat penjaga gol mereka, Andre Onana pada hujung musim ini.

Onana menyertai United dari Inter Milan pada 2023, namun penampilannya bersama The Red Devils sering diwarnai kesilapan yang merugikan pasukan sehingga menyebabkan dia kehilangan tempat sebagai penjaga gol utama apabila disisihkan oleh Ruben Amorim.

Musim ini menyaksikan United telah melepaskannya untuk menyertai kelab Turkiye, Trabzonspor secara pinjaman biarpun terlepas meletakkan sandaran kepada penjaga gol muda, Senne Lammens yang dibeli dari Royal Antwerp.

Selepas beraksi dalam lima perlawanan setakat ini, Lammens berjaya membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gawang utama United menyebabkan kelab itu sedia melepaskan Onana.

Berdasarkan perjanjian pinjaman dengan Trabzonspor, United tidak memasukkan klausa pembelian tetap untuk Onana, sekali gus menyaksikan pemain itu akan kembali ke Old Trafford hujung musim ini.

Bagaimanapun, Onana mungkin sukar untuk merampas semula kedudukannya di United menyebabkan dia mungkin akan dijual atau sekurang-kurangnya dihantar ke mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkannya secara pinjaman sekali lagi.

Onana ketika ini hanya memiliki baki kontrak dua tahun di Old Trafford menyebabkan United perlu segera menjualnya bagi mengelak melepaskannya secara percuma. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI