fbpx
UMMI dan Anna kini bercakaran demi merebut seorang lelaki dalam naskhah Saat Aku Tahu.

Puas menangis, Ummi Nazeera ‘menyondol’ pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELALU melakonkan watak air mata dan wanita tersakiti, Ummi Nazeera kini muncul berbeza menerusi drama terbaharu, Saat Aku Tahu.
Kali ini, Ummi yang memegang watak Maira yang mengahwini Zarif (Hisyam Hamid) iaitu suami kawan baiknya sendiri, Ameena (Anna Jobling), sekali gus menjadikan dia sebagai perampas kepada kebahagiaan rumah tangga milik Ameena.

Sentiasa memberi hasil lakonan luar biasa, Ummi seperti biasa meraih pujian ramai meski melakonkan watak sebagai perampas suami orang.

“Sebelum ini selalu teraniaya, ditipu tetapi kali ini dia jadi penyondol, bravo! Berdebar nak tunggu babak Ummi naik hantu, seram jadi isteri kedua,” komen netizen.

Selain Ummi, Anna dan Hisyam, drama arahan Riza Baharuddin itu turut dibintangi Luqman Hafidz dan Eizlan Yusof. Drama 15 episod terbitan Global Station Sdn. Bhd. tersebut mula disiarkan pada 6 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN