fbpx
Mendiang Ivana

Ibu model Belanda tuntut kerajaan bayar RM1.1 juta dalam 48 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ibu model warga Belanda Ivana Esther Robert Smit, menuntut supaya kerajaan membayar saman RM1.1 juta dalam tempoh 48 jam bermula hari ini seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi.

Jika kerajaan gagal berbuat demikian, Ibu Ivana, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang termaksud mengemukakan prosiding menghina mahkamah.

Perkara itu dinyatakan melalui surat tuntutan Smit yang dialamatkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar melalui firma guaman SN Nair & Partners.
“Walau bagaimanapun, sehingga surat ini ditulis, pihak kami masih tidak menerima sebarang, pengesahan, maklum balas, atau apa-apa bukti pembayaran berhubung amaun ganti rugi yang diperintahkan.

“Kegagalan ini merupakan satu bentuk ketidakpatuhan yang nyata serta boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap perintah mahkamah, memandangkan arahan mahkamah adalah jelas, spesifik dan bersifat serta-merta.

“Selaras dengan arahan anak guam kami, kami dengan ini memberikan notis 48 jam kepada pihak defendan dan juga kepada Tan Sri untuk memastikan bahawa amaun penghakiman RM1.1 juta tersebut dibayar dan didepositkan ke dalam akaun stakeholder kami sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi,” kata surat itu.

Surat itu turut mengatakan sekiranya pihak kerajaan gagal melaksanakan pembayaran dalam tempoh yang dinyatakan, pihak kami telah diarahkan untuk mengambil apa-apa langkah undang-undang yang perlu dan sewajarnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding penghinaan.

Semalam Mahkamah Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu Ivana, Christina Carolina.

Dalam keputusan itu, Hakim Roz Mawar Rozain turut memerintahkan kerajaan mendepositkan bersama faedah terkumpul ke dalam akaun amanah selewat-lewatnya pada hari penghakiman dibuat.

Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Christina Carolina.

Terdahulu Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada keluarga Ivana selepas membenarkan saman yang dikemukakan ibu Ivana, Christina Carolina.

Ia yang mana mahkamah mendapati terdapat kecuaian oleh pihak polis dalam mengendalikan siasatan kematian gadis itu pada tahun 2017.

Christina Carolina, 60, selaku plaintif memfailkan saman itu pada pada 20 November 2020, terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Dang Wangi Asisten Superitendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Saman itu berhubung dakwaan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya.

Pada 7 Disember 2022, Mahkamah Tinggi menolak permohonan polis dan kerajaan untuk membatalkan saman yang difailkan plaintif atas alasan kes tersebut tidak sesuai dibatalkan kerana terdapat persoalan serius yang perlu dihujahkan melalui perbicaraan penuh.

Pada 18 Mac 2019, Sebelum ini, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Ivana disebabkan misadventure (kematian akibat nahas).

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner, wanita itu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 November 2019.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner serta menggantikannya dengan ‘kematian yang disebabkan oleh seorang individu atau beberapa individu yang tidak dikenali’ dan memerintahkan Peguam Negara mengarahkan Polis Diraja Malaysia memulakan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN