fbpx
USS GERALD R. FORD berada di Laut Utara semasa eksesais Neptune Strike pada 24 September lalu. – AFP

Trump diberi taklimat pilihan serang Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump diberikan taklimat mengenai pilihan melancarkan operasi ketenteraan di Venezuela termasuk serangan darat, demikian menurut saluran berita ABC News semalam.

Taklimat kelmarin itu menyusul selepas kapal pengangkut pesawat terbesar dunia, USS Gerald Ford tiba di kawasan operasi Markas Perintah Selatan Amerika Syarikat (AS) di utara Laut Caribbean.

Kapal induk yang membawa kira-kira 60 pesawat termasuk jet pejuang F-18 itu secara mendadak meningkatkan kuasa serangan tentera AS di rantau itu dan meningkatkan bilangan askarnya kepada 15,000 orang.

Menurut sumber, taklimat itu sendiri bukanlah petunjuk bahawa Trump akan menyerang Venezuela.

Beliau sebaliknya menimbangkan pilihan yang ada selama berminggu-minggu. 

Pakar-pakar ketenteraan berkata, Trump mempunyai pelbagai pilihan di tangannya – daripada tidak mengambil apa-apa tindakan hinggalah kepada melancarkan serangan udara ke atas pelabuhan, lapangan terbang dan kemudahan tentera Venezuela.

Pilihan lain yang dianggap kurang berkemungkinan, adalah menghantar pasukan operasi khas untuk menangkap atau membunuh Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan barisan penasihat kanannya.

Taklimat kelmarin di White House dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth dan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Dan Caine. 

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio yang berada di Kanada untuk sidang kemuncak menteri-menteri luar negara Kumpulan 7 (G7) dan Pengarah CIA John Ratcliffe, tidak hadir.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI