fbpx
ANTONELLI melenyapkan kritikan ekoran prestasi hambar apabila meraih podium pada GP Brazil. - AFP

F1: Antonelli kini sudah mula matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAO PAULO – Ketua Pasukan Mercedes, Toto Wolff menyifatkan aksi pelumbanya, Kimi Antonelli di Grand Prix (GP) Brazil sebagai persembahan paling sempurna selepas berjaya menahan asakan Max Verstappen hingga ke garisan penamat.

Wolff menegaskan Antonelli kini lebih matang dan pelumba berusia 19 tahun itu mula mencipta kebangkitan selepas beberapa perlumbaan hambar di benua Eropah.

“Pada penghujungnya, prestasinya benar-benar sempurna. Keupayaannya menahan Verstappen yang menggunakan tayar baharu amat mengagumkan.

“Dia tampil konsisten sejak sesi awal. Mungkin apabila datang ke litar yang belum dia kenal, tekanannya tidak setinggi seperti di Eropah dan hasilnya dia berlumba dengan lebih bebas dan tenang.

“Ini sebahagian daripada proses pembelajaran. Tahun ini memang kami jangka ada naik turunnya. Hari ini dia buktikan kemampuannya dan satu langkah penting dalam perjalanan menjadi pelumba besar.

“Menamatkan perlumbaan di tempat kedua dua adalah satu kejayaan dan potensi besar tentang masa depannya terutama menempuh aksi lebih sengit selepas ini,” kata Wolff.

Antonelli menamatkan saingan di tempat kedua di belakang juara perlumbaan, Lando Norris, sekali gus meraih podium terbaik kariernya di Litar Interlagos.

Kejayaan Antonelli meraih tempat kedua dan George Russell keempat menyaksikan Mercedes kini semakin kukuh di tangga kedua kejuaraan pengeluar meninggalkan Red Bull dengan 32 mata di belakang dan Ferrari 36 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN