KOTA KINABALU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tempasuk, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dikatakan menarik diri daripada dicalonkan.
Keputusan itu dibuat selepas tiga hari diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi itu oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Pada Ahad lalu, nama Ketua UMNO Tuaran itu diumumkan antara 41 calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17.
Hari ini, Bung Moktar mengumumkan tambahan empat lagi kerusi ditandingi BN bersama calon masing-masing menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini.
Berita penarikan diri Abdul Rahman itu disahkan Bung Moktar seperti dilaporan beberapa akhbar dalam talian dan portal berita hari ini.
Sebelum ini, Bung Moktar menjelaskan pencalonan Abdul Rahman di Tempasuk mengambil kira kedudukannya yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Belud selama dua penggal dari 2008.
Beliau berpindah ke Parlimen Sepanggar pada 2018, namun tewas di tangan calon Parti Warisan, sebelum kembali bertanding di Kota Belud pada PRU 2022 tapi tewas juga di tangan calon Warisan.
Berdasarkan laporan media hari ini, Bung Moktar bagaimanapun tidak mendedahkan sebab Abdul Rahman menarik diri.
Tempatnya sebagai calon BN di Tempasuk akan digantikan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan. – KOSMO! ONLINE
Abdul Rahman tarik diri sebagai calon BN di Tempasuk
- Oleh IVAN AMIRUL
- 12 November 2025, 9:52 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

113 pelarian dibenar bergerak ke KL, Selangor dan Pulau Pinang
29 Julai 2026, 12:31 pm

Bapa didakwa bunuh anak kandung 18 bulan
29 Julai 2026, 12:24 pm

Pelaku kes Truper Abdul Hamid dalam proses diberhentikan – TDM
29 Julai 2026, 11:12 am

Aroma bunga osmanthus bantu Jing Li raih juara pastri
29 Julai 2026, 11:10 am

Kamarul mahu tubuh Sukarelawan Seri Menanti
29 Julai 2026, 11:01 am

Tular sindiket bawa PATI guna bot laju, tambang RM1,500
29 Julai 2026, 10:17 am

Perjalanan terakhir dua sahabat ke masjid
29 Julai 2026, 9:30 am

Sepang litar sempurna hangatkan saingan
29 Julai 2026, 9:00 am






