fbpx
Mohamed Khaled (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen Ikrar Bebas Rasuah sempena Majlis Sambutan Hari Integriti dan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Pertahanan 2025 di Auditorium Wisma Pertahanan Mindef, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

Ada integriti, wujud rasa segan untuk menyeleweng – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Integriti adalah benteng utama dalam memastikan setiap warga Kementerian Pertahanan (Mindef) tidak mudah tergelincir daripada amanah dan tanggungjawab yang dipikul.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, nilai itu amat penting bagi memastikan setiap kecekapan dan amanah di Mindef benar-benar bermanfaat kepada negara.

Beliau menjelaskan, integriti bukan sekadar slogan, malah menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Malaysia yang maju dan bertamadun.
“Kecekapan sahaja tidak mencukupi. Tanpa integriti, kecekapan boleh disalahgunakan untuk menguntungkan diri sendiri dan merugikan orang lain.

“Tetapi jika kita ada integriti, maka wujudlah perasaan segan untuk menyeleweng, dan juga rasa hormat terhadap keunggulan organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Integriti dan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Pertahanan 2025 di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Mohamed Khaled turut memaklumkan, buat julung kali dalam sejarah inovasi Mindef, 10 permohonan paten telah dikemukakan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

“Warga Mindef juga membuktikan kehebatan, dengan meraih enam pingat emas, tiga perak dan dua gangsa di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di Korea Selatan dan Indonesia, baru-baru ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI