KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan sentiasa menyalurkan peruntukan lebih kepada Sabah, namun dalam masa sama perlu diberikan perhatian kepada negeri lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip keadilan dalam pembahagian hasil negara haruslah merangkumi semua negeri termasuk negeri-negeri miskin seperti Perlis dan Kelantan.
Oleh itu, beliau meminta rakyat Sabah mendengar penjelasan mengenai perbelanjaan yang telah disalurkan kerajaan Persekutuan kepada negeri sebelum membangkitkan persoalan mengenai tuntutan 40 peratus hak Sabah.
”Di Jalan Gaya tadi ada orang tanya ‘Datuk Seri 40 peratus, 40 peratus’. Jadi saya jawab dengar dulu, berapa yang kerajaan Persekutuan belanja untuk Sabah? Bangunkan sekolah, perubatan, doktor, sempadan Esscom, kawal sempadan, pertahanan semua. Saya tak mahu pertahankan yang dahulu.
”Saya nak jelaskan kerajaan Madani pada tahun 2024 berapa hasil cukai, cukai pendapatan, pelbagai cukai diambil kerajaan persekutuan yang keseluruhannya RM10 bilion.
”Kita ambil hasil RM10 bilion, tetapi kita bagi balik RM17 bilion, sebab apa? Sebab kita pakat antara kerajaan Persekutuan dan negeri gunakan hasil kita bangunkan semua negara di Malaysia ini dan kebetulan Sabah sedikit ketinggalan, kita bantu lebih,” katanya ketika berucap pada program Rancakkan Madani Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Beliau berkata demikian ketika sesi ramah mesra bersama komuniti tempatan yang membangkitkan isu pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Dalam pada itu, Anwar turut membidas pihak tertentu yang mempertikaikan tindakan kerajaan pimpinannya walhal ketika mereka memerintah, isu tuntutan 40 peratus tidak ditangani secara tuntas. – KOSMO! ONLINE
PM perjelas isu tuntutan 40% hak Sabah
- Oleh IVAN AMIRUL
- 9 November 2025, 3:48 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

‘Jangan ambil organ, seksa si mati’
5 Jun 2026, 9:01 am

Bila dapat tawaran filem ini, saya terus menjerit – Nia Atasha
5 Jun 2026, 9:00 am

Kewibawaan Datin Dr. Norlaili lahirkan usahawan wanita bertaraf global
5 Jun 2026, 8:10 am

Tak tahu hujung pangkal jangan komen
5 Jun 2026, 8:01 am

[VIDEO] MB Negeri Sembilan umum bubar DUN berkuat kuasa 5 Jun
4 Jun 2026, 11:52 pm

5 penumpang cedera, tren laluan Kelana Jaya berhenti serta-merta
4 Jun 2026, 11:18 pm

Hospital Segamat tidak ditutup, operasi berjalan seperti biasa
4 Jun 2026, 9:56 pm

5 maut: Pemandu Mercedes-Benz akan direman bawah kes bunuh
4 Jun 2026, 9:52 pm






