fbpx
NEWCASTLE masih segar dengan kejayaan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Athletic dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini.

Newcastle ‘tempang’ jumpa Brentford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Impian penyerang Newcastle United, Yoane Wissa menentang bekas kelabnya, Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech malam ini tidak kesampaian kerana masih dibelenggu kecederaan.

Sebagai rekod, Wissa telah berhijrah ke Newcastle pada jendela perpindahan lepas dengan nilai perpindahan sebanyak £45 juta (RM271 juta).

Namun, pemain berusia 29 tahun itu masih belum membuat penampilan debutnya setelah mengalami kecederaan lutut yang serius ketika mewakili Congo pada September lalu.

Pengendali The Magpies, Eddie Howe mengakui Wissa sudah mula menjalani latihan intensif tetapi masih terlalu awal untuk menurunkannya dalam perlawanan kompetitif.

“Wissa sekarang dalam usaha mendapatkan kecergasan dan lututnya juga bebas daripada kecederaan. Saya harap dia masih lagi diberikan masa dan kemungkinan besar dia boleh membuat penampilan pertama bulan depan,” katanya.

Sementara itu, Howe mengakui pasukannya turut ‘tempang’ berdepan The Bees selepas tonggak utama, Anthony Gordon mengalami kecederaan ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu Athletic Bilbao pada Rabu lalu.

“Gordon perlu disisihkan pada aksi bertemu Brentford dan buat masa ini, kita tidak tahu betapa serius kecederaan yang dialaminya saat ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN