fbpx
PENGACARA popular, Raja Azura kini berdepan episod sukar apabila bekas suami masih tidak memberi respons terhadap tuntutan nafkah yang difailkannya.

Bekas suami tak respons, kes tuntutan nafkah Raja Azura tangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kes tuntutan nafkah pengacara popular, Raja Azura melibatkan tiga anaknya terpaksa ditangguh ke tarikh baharu susulan bekas suaminya, Adzmin Osman enggan memberi kerjasama.

Menurut peguam syarie mewakilinya, Mohammad Amirul Hanizan, anak guamnya selaku plaintif telah berusaha menjejak dan menghubungi Adzmin namun usaha tidak berjaya disebabkan individu terbabit menolak memberi sebarang kerjasama untuk proses tuntutan nafkah tiga anak mereka iaitu Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Haqim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20.

“Hari ini pihak kami telah memberi laporan kepada mahkamah bahawa serahan notis kepada responden tidak berjaya.

“Disebabkan itu, proses seterusnya saya akan memohon kepada pihak mahkamah hari ini untuk penyampaian ganti kerana penyerahan secara fizikal sebelum ini tidak berjaya.

“Kami akan lakukan pencarian responden dengan cara iklan dalam platform media, penampalan poster, penyebaran menerusi aplikasi WhatsApp atau Telegram,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Katanya, Raja Azura sudah melakukan perkara yang sepatutnya iaitu usaha untuk menghubungi responden termasuk bertemu ahli keluarga bekas suaminya.

“Pihak anak guam saya ada usaha untuk cari dan berjumpa dengan ahli keluarga responden sendiri di Kedah dan di ibu negara.

“Kesemua usaha itu telah dimaklumkan kepada pihak mahkamah dan berpuas hati dengan keterangan kami.

“Kalau Adzmin masih ingkar, mahkamah sama ada memberi kebenaran terus kepada pihak plaintif untuk lakukan saman kepada pihak responden. Saya tak berani nak kongsi banyak sebab macam-macam arahan yang pihak mahkamah boleh keluarkan,” katanya lagi.

Mahkamah hari ini turut menetapkan 3 Disember depan sebagai tarikh baru bagi penyerahan laporan penyampaian ganti yang dilakukan pihak plaintif.

Terdahulu, Raja Azura pada 10 September lalu memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada Adzmin yang didakwa culas membayar mengikut perintah mahkamah sejak 15 tahun lalu.

Raja Azura mendirikan rumah tangga dengan Adzmin pada 2001 dan bercerai pada 28 September 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI