fbpx
Gambar hiasan

Niat mahu tolong adik, tapi kena tipu pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sikap penyayang seorang kakak yang mahu membebaskan adiknya daripada tahanan dimanipuasi penjenayah yang menyamar anggota polis sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM9,000.

Wanita berusia 35 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, mangsa dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan menawarkan bantuan kononnya dapat membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes jenayah kelmarin.

“Suspek mendakwa adik mangsa kononnya boleh dibebaskan asalkan membayar wang jaminan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, wanita itu yang menaruh kepercayaan terhadap suspek telah mengikut arahan lelaki itu dengan membuat pembayaran kononnya ‘wang jaminan’ berjumlah RM9,000. Pembayaran dilakukan menerusi dua transaksi ke dalam akaun bank diberi suspek kelmarin dan semalam.

“Mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas semakan dibuat pegawai penyiasat menafikan pernah menghubunginya dan mengarahkan pembayaran berkaitan wang jaminan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN