fbpx
AHLI trip ke Pak Bara, Thailand bersama sebahagian hasil yang telah dibahagikan.

Semangat membara di Pak Bara, Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRIP kami diuruskan oleh Aznee bersama ketua kumpulan, Tuan Haji Jali. Selepas mendapatkan umpan sotong hidup yang telah
ditempah, kami terus bergerak meneruskan perjalanan ke lokasi pertama.

Kami memulakan sesi pan cingan pada pukul 5 petang. Walaupun cuaca dan keadaan laut cantik, namun tiada hasil tangkapan yang boleh dibanggakan. Kami hanya
dapat ikan-ikan kecil sebagai pemanas badan

Selepas makan malam dengan juadah ala Thai, kami berpindah lubuk ke satu lokasi yang terletak kira-kira dua jam perjalanan. Sebaik sahaja sauh dilabuhkan, Zul yang
duduk di belakang bot tidak menunggu lama untuk mendapat  seekor jenahak bersaiz ‘bantal’.

Tertewasnya ikan tersebut, maka bermulalah episod ikan ‘bergendang’ di lantai bot dengan naiknya seekor lagi jenahak oleh Pok Jo dan beberapa ekor lagi ikan
itu oleh ahli trip yang lain.

Paling membanggakan, Pok Jo turut memperolehi seekor ikan siakap merah seberat 7.3 kilogram (kg) pada pukul 2 pagi ketika umpan orang lain senyap tidak terusik.

Hari kedua
Pada awal pagi lagi, kami ber pindah ke satu lokasi yang terletak dalam tiga jam perjalanan. Oleh kerana lokasi ini merupakan kawasan berkarang yang dihuni
pelbagai spesies ikan dasar bergred baik, maka umpan sotong hidup menjadi suatu kelebihan.

Ateh menurunkan umpan sotong hidup, dan dia tidak menunggu lama untuk mendapat rentapan daripada mangsa iaitu seekor ikan kerapu bara.

Paling pelik apabila seorang ahli trip, Mejah mendapat seekor ikan tenggiri dengan menghanyut umpan seekor sotong hidup.

Tidak sangka, ikan ini juga mahukan umpan sotong, saya ingatkan spesies ikan pemangsa itu hanya mahukan umpan ikan hidup.

Saya pula mendapat seekor ikan landuk, dan ini diikuti geng lain dengan pelbagai spesies ikan.

Haji Jali (tengah) bersama siakap merah terbesar trip.

Selepas beberapa jam memancing di lokasi ini, suasana menjadi senyap.

Tekong mengambil keputusan berpindah lagi ke lokasi baharu. Sebaik tiba, Ateh menurunkan umpan ikan selar hidup menggunakan perambut wayar dengan
tiga mata kail diikat sebaris, dia dianugerahi seekor tenggiri yang dihajatinya.

Berbagai teknik pancingan dipraktikkan di lokasi ini seperti mengilat gewang, jigging, pancing dasar dan berhanyut umpan.

Hasil tangkapan ikan sangat memuaskan hati kerana semua orang betul-betul ‘muai’ dengan tangkapan masing-masing. Di lubuk ini, kami berkampung hingga ke
malam hari.

Malam kedua Selepas isyak, kumpulan jenahak mula memunculkan diri, ia disulami dengan beberapa ekor ‘peronda’ lautan iaitu ikan alu-alu.

Hampir tengah malam, Pudin dapat seekor ikan siakap merah, selepas ditimbang ia hanya seberat 6.6kg dan masih tidak dapat memintas ikan milik Pok Jo.

Tidak lama kemudian, joran Haji Jali pula melentur sehingga hujung joran hampir mencecah permukaan
air.

Selepas 10 minit berlawan, mangsa masih belum dapat dilihat. Setelah dipam dengan bersungguh-sungguh, akhirnya kelibat
mangsa mula kelihatan dan seekor lagi siakap merah berjaya dinaikkan.

Ia seberat 9.5kg, sekali gus mengungguli carta siakap merah terberat trip. Pancingan diteruskan lagi dengan beberapa koleksi ikan seperti landuk, jenahak dan seekor
tenggiri sesat yang melahap umpan di malam hari.

Sebaik sahaja hari cerah, tekong memulakan perjalanan untuk pulang ke jeti. Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan keputusan pancingan trip kali ini.

Bot pancing yang elok dan servis tekong yang baik. Ini semua membuatkan perairan Pak Bara menjadi destinasi pancing dasar yang wajib saya kunjungi pada setiap tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN