fbpx
MERINO (kanan) mencipta sensasi beraksi sebagai penyerang apabila meledak dua gol ke atas Slavia Praha awal pagi semalam. - AFP

Arsenal cipta rekod lebih 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRAGUE – Arsenal terus mengekalkan rekod bersih dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas mudah membenam Slavia Praha 3-0 pada perlawanan di Fortuna Arena awal pagi semalam.

Lebih manis, The Gunners juga berjaya menyamai rekod pasukan itu yang sudah berusia lebih 100 tahun apabila berjaya mengekalkan aksi tanpa bolos dalam lapan perlawanan berturut-turut.

Pada perlawanan itu, Mikel Merino menjaringkan dua gol, manakala satu lagi gol dijaringkan Bukayo Saka, sekali gus menjadi kemenangan ke-10 berturut-turut Arsenal dalam semua pertandingan.

Pengurus The Gunners, Mikel Arteta gembira dengan rentak konsisten dipamerkan barisan pemainnya, namun beliau masih belum berpuas hati dan berharap mereka dapat meneruskan momentum tersebut.

“Kami mahu lebih lagi kerana saya percaya kami mampu untuk meningkat dan melakukan yang lebih baik. Bagi saya, pemikiran itu perlu ada dalam diri semua pemain Arsenal kerana kami tidak boleh rasa terlalu selesa.

“Sebenarnya perlawanan ini tidak mudah kerana mereka turut meletakkan kami dalam situasi sukar. Saya gembira kerana kami menang dan masih mengekalkan aksi tanpa bolos dalam UCL,” katanya.

Pada masa sama, pengendali dari Sepanyol itu turut memberikan peluang buat dua pemain muda, Max Dowman dan Andre Harriman-Annous untuk melakukan penampilan sulung dalam kancah bola sepak elit Eropah tersebut.

“Saya tidak kisah dengan faktor usia pemain-pemain asalkan mereka memiliki semangat serta kemahuan untuk bermain di pentas tertinggi. Saya gembira dengan kedua-dua pemain muda ini,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN