fbpx
Ucapan takziah di atas pemergian Nurul Nabila yang dikongsikan di media sosial Saifuddin Nasution, hari ini.

Saifuddin Nasution ucap takziah pemergian Nurul Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham Konstabel Nurul Nabila Huda Hairul Azman, hari ini.

Beliau memaklumkan, Allahyarham Nurul Nabila merupakan anggota petugas Balai Polis Padang Matsirat, Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dan meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menurutnya, pemergian Allahyarham pada umur yang sangat muda semestinya satu kehilangan besar kepada seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia dan warga keselamatan tanah air.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang besar ini.

“Semoga roh Allahyarham diberi keampunan, rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya menerusi media sosial.

Saifuddin Nasution dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan terhadap jasa Allahyarham terhadap negara.

“Saya turut mendoakan agar Allah SWT juga menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangan beliau kepada negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI