fbpx
Wan Fatihah (kiri) mengalirkan air mata ketika jenazah arwah suaminya tiba untuk upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Pasir Mas semalam.

Masih terbayang keadaan suami mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASIR MAS – Isteri kepada Allahyarham Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut dengan 18 das tembakan di rumahnya di Kampung Bering, Sungai Golok dekat Thailand, kelmarin masih trauma dan terbayang-bayang keadaan suaminya semasa ditembak.
Ibu mentuanya, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, keadaan itu menyebabkan Wan Fatihah Mat Hussin, 35, tidak dapat duduk di rumahnya di Kampung Kepas Apam di sini apabila merasakan seperti ada kelibat arwah suaminya semasa berada di dalam bilik.
Menurutnya, sehubungan itu, menantunya itu membuat keputusan untuk pulang ke Sungai Golok selepas selesai upacara pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Apam, di sini semalam.
“Dia masih lagi trauma apabila suaminya maut ditembak di depan mata. Mengikut perancangan, Wan Fatihah akan tinggal di sini buat sementara waktu, tetapi dia tidak boleh duduk di rumah ini kerana masih terbayang-bayangkan kelibat arwah suaminya.
“Jadi, dia membuat keputusan untuk pulang ke Sungai Golok buat sementara waktu dan akan kembali semula ke sini tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang isteri yang sarat mengandung hanya mampu memeluk jenazah suaminya yang ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki yang dikenalinya di depan rumah mereka di Kampung Bering, Sungai Golok dekat Thailand kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku di depan mata Wan Fatihah apabila melihat suaminya, Mohd. Fuad yang merupakan peniaga beg terpakai secara dalam talian sedang memasang kamera televisyen tertutup (CCTV) di kawasan rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI