WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa beliau telah mengarahkan Jabatan Perang bersiap sedia untuk mengambil tindakan ketenteraan di Nigeria, lapor saluran berita CNN semalam.
Trump menuduh Nigeria gagal membendung keganasan terhadap orang Kristian walaupun berulang kali dinafikan oleh Abuja.
Dalam kenyataan di laman media sosial Trump mengkritik apa yang beliau anggap sebagai pembunuhan beramai-ramai orang Kristian di Nigeria.
“Amerika Syarikat akan segera menghentikan semua bantuan dan sokongan kepada Nigeria,” katanya.
Trump memberi amaran kepada kerajaan Nigeria supaya segera menangani krisis tersebut.
Dalam kenyataannya, Trump berkata, tentera Amerika ‘sangat berkemungkinan’ memasuki Nigeria untuk menghapuskan sepenuhnya ‘pemberontak beragama Islam’ yang beliau dakwa melakukan kekejaman mengerikan.
Justeru, saya mengarahkan Kementerian Perang kami untuk bersiap sedia.
“Jika kami menyerang, ia akan pantas, kejam, dan manis seperti samseng ‘pengganas’ yang menyerang orang Kristian kesayangan kami! Kerajaan Nigeria perlu bertindak dengan segera!” katanya. – AGENSI














