fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir di Selangor, empat negeri lain malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negeri-negeri yang terlibat ialah Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas di Terengganu melibatkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Selangor, kawasan yang terjejas ialah Hulu Langat, manakala hujan berterusan dijangka berlaku di Mersing dan Kota Tinggi, Johor,” katanya.

Cuaca buruk turut diramal melanda Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman (Lubok Antu) dan Sibu (Sibu dan Selangau) di Sarawak. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN