fbpx
MUHAMMAD Haikal (kanan) dan Muhammad Iman kehilangan kedua-dua adik lelaki mereka dalam satu kejadian lemas di Kampung Padang Selatan, semalam.

‘Saya sempat memaut tangannya tetapi terlepas…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang abang terkilan selepas gagal menyelamatkan adik lelaki dan sepupunya dalam satu kejadian lemas membabitkan dua kanak-kanak di Kampung Padang Besar Selatan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Haikal Hasif Mohd Yuhanis, 12, dia berjaya memaut tangan adiknya, Muhammad Haikal Hakim, 10 dan sepupunya, Iskandar Zulkarnain Mohd Faizal, 8, namun terlepas.

“Saya berjaya memaut tangan mereka namun terlepas. Saya sedih lihat mereka meronta-ronta di dalam air dan kedudukan mereka berdekatan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini semalam.

Tambahnya, dia turut cedera pada jari tangan selepas abang kepada Iskandar Zulkarnain, Muhammad Iman Danish Mohd Faizal, 11, tergelincir ketika ingin menyelamat adiknya dan Muhammad Haikal.

Sementara itu, Muhammad Iman Danish berkata, dia dan Muhammad Haikal Hasif pergi ke padang bola untuk bermain bola namun mendapati adiknya bersama seorang lagi sepupunya tidak ada.

“Kami kemudian berpatah balik mendapati Iskandar dan Muhammad Haikal Hakim sedang bermain di tali air berhampiran padang bola tersebut.

“Saya sempat berpesan agar hanya bermain dekat tebing namun Haikal Hakim tiba-tiba berenang ke tengah sebelum kelihatan penat, mengapung diri sebentar dan kemudiannya tergapai-gapai seperti mahu lemas,” ujarnya.

Iskandar kemudiannya cuba berenang untuk menyelamatkan sepupunya namun gagal kerana paras air sangat dalam sebelum mengambil tindakan meminta bantuan orang ramai,” jelasnya.

Muhammad Haikal Hakim dan Iskandar Zulkarnain dilaporkan maut akibat lemas selepas bermain di sebatang tali air di Kampung Padang Besar Selatan, petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI