fbpx
Gambar menunjukkan makmal Pourguery di bandar Lyon, Perancis. - Google 

Perompak bawa senjata gred tentera serbu makmal emas, larikan logam berharga 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Perancis dikejutkan dengan satu lagi rompakan berskala besar menyasarkan sebuah makmal logam berharga termasuk emas, lapor akhbar The Sun UK. 

Rompakan berlaku di makmal Pourquery,  bandar Lyon, beberapa hari selepas Muzium Louvre dipecah masuk dengan kumpulan pencuri melarikan sejumlah  permata tidak ternilai.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan kumpulan lelaki berpakaian seperti anggota polis memasuki makmal sambil membawa raifal. 

Kumpulan itu mempunyai senjata api gred tentera dan menggunakan bom serta tangga teleskopik untuk memecah masuk makmal, lapor akhbar Le Progrès.

“Kami mendengar bunyi dentuman kuat dari makmal itu. Kami segera berlindung di belakang tingkap dan menyaksikan rompakan tersebut. 

“Kami melihat perompak-perompak membawa raifal jenis Kalashnikov. Mereka memakai topeng dan sangat profesional,” kata seorang penduduk tempatan. 

Unit pemusnah bom dikerahkan ke tempat kejadian selepas letupan berlaku. 

Kumpulan perompak membawa lari sebuah beg dipercayai mengandungi logam berharga. 

Polis telah menahan lima suspek yang terlibat dalam rompakan itu, manakala barang berharga yang dicuri berjaya ditemukan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI