fbpx
Rakaman memaparkan keadaan treler yang terbalik dan menghalang laluan.

Treler melintang dekat Terowong Menora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah treler dilaporkan terbalik dan melintang di kilometer 263.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di laluan antara Ipoh (Utara) ke Terowong Menora pada pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di Facebook berkata, kejadian itu menyebabkan lorong tengah dan lorong kanan terhalang dan keadaan trafik sesak.

“Pada 9.45 pagi, terdapat kemalangan di KM 263.4 arah Utara dari Ipoh (Utara) ke Terowong Menora. Lorong tengah dan lorong kanan terhalang. Trafik sesak,” katanya.

Turut dikongsikan rakaman televisyen litar tertutup memaparkan keadaan lokasi kejadian.

Kesemua pengguna jalan raya diminta memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan petugas di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN