fbpx
FACUNDO Garces (dua dari kanan) menjadi salah seorang daripada tujuh pemain warisan negara yang didenda dan digantung 12 bulan oleh FIFA. - AMIR KHALID

Tunggu keputusan rayuan dulu – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk melakukan ‘audit’ terhadap permasalahan yang berlaku sekiranya keputusan rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak berpihak kepada Malaysia.

Langkah itu dilihat perlu untuk bersikap adil buat semua pemain khususnya selepas FAM serta tujuh pemain warisan dikenakan hukuman oleh FIFA dan objektif paling penting adalah bagi mengelak berlakunya kontroversi pada masa akan datang.

Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata, adalah lebih baik pihaknya menanti keputusan daripada FIFA terlebih dulu sebelum memulakan gerak kerja seterusnya.

“Harapan saya, selepas keputusan rayuan keluar, saya akan bekerjasama dengan FAM dan Pesuruhjaya Sukan untuk melihat penambahbaikan yang patut dilakukan. Tetapi seperti yang saya nyatakan, kita tunggu keputusan dulu, kemudian kita bergerak.

“Kita kena ingat, pasukan kebangsaan bukan sahaja tujuh pemain tersebut tetapi kita ada ramai lagi pemain bola sepak yang lain bergantung sangat kepada pimpinan dan pentadbiran bola sepak bertambah baik supaya karier atlet-atlet kita, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi semua masih bersinar.

“Kalau kita putus asa seperti ini sahaja, habislah pemain yang lain. Tidak adil untuk mereka,” katanya.

FIFA sebelum ini mengenakan hukuman penggantungan 12 bulan dan denda CHF2,000 (RM10,560) terhadap tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal serta Hector Hevel.

Hukuman itu dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas mereka didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen malah FAM pula dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI