fbpx
Anggota bomba membantu membuka pintu kereta yang terkunci di kawasan rehat Plaza Tol Bandar Cassia, Batu Kawan, hari ini. Foto JBPM

Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam kereta berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kawasan rehat Tol Bandar Cassia, Batu Kawan di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.10 petang tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan dikejarkan ke lokasi kejadian dan terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vios diletakkan berhampiran kawasan rehat tersebut.

“Kita membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan  terbaring.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi. Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang memberitahu operasi tamat pada pukul 6.16 petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI