fbpx
Fahmi ketika merasmikan Pusat Pengumpulan dan Pengasingan Barang SPX Express Bukit Raja Selatan, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Pasaran kurier Malaysia dijangka capai RM6.9 bilion tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Nilai pasaran industri kurier di Malaysia dijangka mencecah RM6.9 bilion menjelang hujung tahun ini, dipacu peningkatan mendadak aktiviti e-dagang dan penggunaan perkhidmatan penghantaran dalam talian oleh rakyat negara ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, unjuran itu berdasarkan lonjakan perkhidmatan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur syarikat kurier yang bertapak di negara ini.

“Menurut data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan kadar penghantaran bungkusan per kapita adalah 26.1 bungkusan bagi setiap orang pada tahun 2023.

“Justeru itu, (kerajaan) menyasarkan penghantaran bagi setiap individu pada tahun ini meningkat kepada 30 bungkusan per kapita,” katanya pada majlis perasmian Pusat Pengumpulan dan Pengasingan Barang SPX Express Bukit Raja Selatan di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, berdasarkan data tahun 2024, industri kurier di negara ini kini mengendalikan lebih 900 juta bungkusan setahun, berbanding hanya 52 juta bungkusan pada 2015.

“Ia satu lonjakan besar dalam tempoh sedekad. Pertumbuhan ini dipengaruhi pembelian secara dalam talian yang semakin tinggi, perkembangan platfom e-dagang, peningkatan akses internet serta digitalisasi.

“Kerajaan telah memperkenal dan melaksanakan beberapa inisiatif utama seperti Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ), garis panduan harga rujukan, dan Dasar Transformasi Digital Malaysia bagi menyokong pertumbuhan industri kurier,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI