fbpx
Anwar ketika berucap pada Forum Ilmu PNB di ibu negara hari ini. Foto ISKANDAR ISHAK

Tadbir urus berintegriti, tunjang Kerajaan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tadbir urus berintegriti yang menjadi tunjang pentadbiran Kerajaan Madani mula membuahkan hasil apabila langkah tegas yang dilaksanakan berjaya menyekat ketirisan dan aktiviti penyeludupan bernilai RM15.5 bilion dalam tempoh singkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu membuktikan bahawa pendekatan berasaskan integriti dan keberanian politik mampu mengubah budaya pentadbiran lama yang sarat dengan pembaziran serta amalan tidak berakauntabiliti.

“Tadbir urus menjadi tugas saya untuk mengubah dan mencabar politik serta perniagaan yang dahulu membazir tanpa dikenakan hukuman.

“Ini termasuk berurusan dengan pihak berpengaruh yang mempunyai rangkaian antarabangsa,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Ilmu PNB 2025, hari ini.

Anwar berkata, hasil pengukuhan institusi penguatkuasaan itu juga memberi isyarat jelas bahawa kerajaan serius menentang kartel dan sindiket yang sekian lama menjarah hasil negara.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan keputusan kerajaan menghentikan subsidi ayam bernilai RM1.1 bilion setahun adalah langkah memastikan dana awam tidak terus disalahguna dan hanya disalurkan kepada rakyat benar-benar memerlukan.

“Bermula dengan tadbir urus…dasar ini boleh diserap dan dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Anwar turut menegaskan kerajaan tidak akan membiarkan rakyat luar bandar tersisih dalam arus kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital yang bakal membentuk wajah ekonomi masa depan negara.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN