fbpx
LIVERPOOL terus terlekat badi kekalahan apabila tewas buat kali keempat berturut-turut menentang United awal pagi semalam. - AFP

EPL: Liverpool masih belum hilang keyakinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot tidak percaya bahawa para pemainnya berdepan masalah keyakinan sambil mengakui ia adalah cabaran besar selepas berdepan kekalahan 1-2 kepada Manchester United awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan Liverpool merekodkan sejarah apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut buat kali pertama sejak November 2014 sekali gus kedudukan mereka jatuh ke tempat keempat dan ketinggalan empat mata di belakang Arsenal sebagai pendahulu.

“Sebagai pengurus, anda sentiasa berdepan cabaran. Apabila memulakan tugas di sini, cabarannya sebagai pengurus baru, kemudian pengganti kepada Jurgen Klopp dan sekarang berdepan empat kekalahan berturut-turut. Ia adalah cabaran.

“Saya tidak percaya bahawa para pemain hilang keyakinan kerana ketika kami tewas, kami masih mampu mencipta banyak peluang dalam permainan. Adakalanya anda tidak percaya melihat kami tewas dengan jumlah peluang yang dimiliki,” katanya.

Liverpool bakal turun menentang jaguh Jerman, Eintracht Frankfurt pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini dan kekalahan kelima berturut-turut akan menyebabkan mereka mencipta ‘rekod’ baharu sejak 1953.

Pada perlawanan tersebut, Slot mengakui kelemahan mereka adalah mensia-siakan peluang di hadapan gawang lawan selain menghadapi masalah ketika bertahan bagi berdepan set-piece pasukan lawan.

“Jika anda memberitahu saya bahawa kami akan memperoleh lapan, sembilan atau 10 peluang pada aksi kali ini, saya menganggap itu mustahil. Namun, kami berjaya melakukannya, tetapi hanya mampu menyudahkan satu sahaja.

“Kami juga sukar memenangi perlawanan besar jika pasukan tidak begitu seimbang ketika bertahan menghadapi set-piece. Kami bolos menerusi situasi bola mati dan ia menyumbang kepada kekalahan ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI