fbpx
UNITED meraih kemenangan buat kali pertama di Anfield selepas sembilan tahun ketika menewaskan Liverpool awal pagi semalam. - X MANCHESTER UNITED

EPL: Man. United tamatkan badi Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengakui kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di Anfield awal pagi semalam adalah hadiah paling bermakna mampu diberikan pasukannya kepada seluruh peminat.

Kemenangan itu bukan sahaja menyaksikan Amorim meraih pencapaian kemenangan berturut-turut dalam dua perlawanan sejak mengambil alih pasukan November tahun lalu, tetapi ia kemenangan pertama United di Anfield sejak 2016.

“Ini adalah kemenangan paling besar untuk saya sejak berada di Manchester United. Hari ini ia sangat bermakna, tetapi esok ia sudah tidak ada apa-apa nilai,” katanya.

Tambahnya, aksi menentang Brighton di Old Trafford hujung minggu ini adalah lebih penting berbanding untuk terlalu lama meraikan kemenangan ke atas Liverpool kerana ia memberi gambaran jelas buatnya mengenai aspirasi pasukan itu musim ini.

Kemenangan kali ini membolehkan United melonjak ke kedudukan kesembilan apabila meraih empat kemenangan daripada lapan perlawanan dan hanya ketinggalan dua mata di belakang Liverpool yang berada di kedudukan keempat.

“Kejayaan ini penting buat para peminat, mereka berdepan kesukaran ketika kami menentang Grimsby dan Brentforfd, namun hari ini kami memberikan perasaan berbeza buat mereka.

“Menang di stadium sebuah pasukan juara serta musuh paling besar kami adalah suatu yang sukar digambarkan,” jelasnya.

United membuka tirai jaringan selepas 62 saat aksi bermula menerusi Bryan Mbeumo sebelum Cody Gakpo menyamakan kedudukan pada minit ke-78 dan Harry Maguire muncul wira meledak gol kemenangan menerusi tandukan pada minit ke-84. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI