fbpx
Ibu, bayi 3 bulan sesat dua jam dalam hutan laluan kubur Oleh KOSMO! PETALING JAYA - Seorang wanita bersama bayi berusia tiga bulan dan serta anak saudaranya berdepan detik cemas selepas tersesat hampir dua jam di kawasan hutan berhampiran Kampung Batu 3, Semenyih baru-baru ini sebelum diselamatkan oleh pasukan keselamatan. Menerusi perkongsian mangsa, Fadylla Ism di media sosial, wanita itu meluahkan rasa syukur serta terima kasih kepada pasukan keselamatan yang membantunya keluar dari kawasan terpencil berkenaan. Menurut Fadylla, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika dia dalam perjalanan pulang ke kediamannya selepas menghantar pembantu rumah ke kampung tersebut. “Terima kasih polis Semenyih, polis Kajang dan pasukan bomba yang dah selamatkan saya, anak buah dan bayi saya terutamanya dua polis peronda yang akhirnya dapat jumpa kami. “Saya sangat hargai, tak sempat nak ucap terima kasih dalam keadaan yang masih trauma dan cemas,” katanya. Kata wanita itu, dia pertama kali melalui kawasan tersebut dan bergantung sepenuhnya terhadap aplikasi peta (waze). “Pertama kali masuk kampung ni, memang tak pernah jejak. Jadi saya guna ‘waze’ untuk jalan balik ke rumah. Mengikut ‘waze’, cuma 16 minit ke Diamond City so saya teruskan perjalanan ikut ‘waze’. “Perjalanan mula pelik bila saya melalui jalan kubur lama sunyi sepi, tak ada kereta langsung mahupun motosikal. Sepanjang panjang kawasan kubur. Tak sedap hati, saya cari jalan keluar dan entah mcm mana makin lama makin dalam dan saya dah sesat masuk ke dalam hutan,” kongsinya. Fadylla berkata, keadaan semakin mencemaskan apabila talian telefon terputus-putus, anaknya menangis tanpa henti dan keretanya terperangkap di laluan sempit berlubang berhampiran sungai. “Saya tak dapat dan tak jumpa jalan keluar bila dah bertemu penghujung jalan berlubang besar dan sangat dalam. Kereta lowered (rendah) jangan cerita, memang pecah. Anak menangis tak berhenti dan saya pula ‘anxiety’. Tercungap-cungap nak cari nafas. Allah je tahu, tawakal menunggu bantuan,” katanya. Dia memberitahu, selepas hampir dua jam, dua anggota polis peronda bersama suaminya yang bergegas pulang dari tempat kerja akhirnya berjaya menemui mereka sekitar pukul 9 malam. Tambah Fadylla, dia juga menepis dakwaan segelintir pihak yang memperlekeh tindakannya memuat naik ‘story’ di media sosial semasa kejadian. “Bila dah berjam jam di dalam kereta tak dapat ‘call in and out’ semestinya saya sebagai ibu guna macam-macam cara nak minta tolong, nak selamatkan nyawa bayi saya. Saya upload (muat naik) di Instagram story, tak lepas pun, dan keluar dari hutan baru ada internet dan ‘auto upload’,” jelasnya. - KOSMO! ONLINE [9:52 AM, 10/20/2025] Alwani Kosmo: Perkongsian mangsa di media sosial yang menceritakan pengalamannya bersama bayi dan anak saudara ketika sesat di dalam hutan.

Ibu, bayi 3 bulan sesat dua jam dalam hutan laluan kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita bersama bayi berusia tiga bulan dan anak saudaranya berdepan detik cemas selepas tersesat hampir dua jam sebelum diselamatkan di kawasan hutan berhampiran Kampung Batu 3, Semenyih baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Fadylla Ism di media sosial, wanita itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada anggota pasukan keselamatan yang membantu mereka keluar dari kawasan tersebut.

Katanya, kejadian berlaku pada pukul 7 malam ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar pembantunya ke kampung tersebut.

“Terima kasih polis Semenyih, polis Kajang dan pasukan bomba yang selamatkan saya, anak buah dan bayi terutama dua polis peronda yang akhirnya dapat jumpa kami.

“Saya sangat hargai, tak sempat nak ucap terima kasih dalam keadaan yang masih trauma dan cemas,” katanya.

Cerita wanit itu, dia pertama kali melalui kawasan tersebut dan bergantung sepenuhnya kepada aplikasi peta (Waze).

“Pertama kali masuk kampung ini, memang tidak pernah jejak. Jadi saya guna Waze untuk balik ke rumah. Mengikut ‘Waze’, cuma 16 minit ke Diamond City, so (jadi) saya teruskan perjalanan ikut ‘Waze’.

“Perjalanan mula pelik bila saya lalu jalan kubur lama…sunyi sepi, tiada kereta mahupun motosikal. Sepanjang (lalu) kawasan kubur rasa tak sedap hati, saya cari jalan keluar dan entah macam mana makin lama makin dalam. Saya dah sesat masuk ke dalam hutan,” kongsinya.

Fadylla berkata, keadaan makin mencemaskan apabila talian telefon terputus, anaknya menangis tanpa henti dan keretanya terperangkap di laluan sempit berlubang berhampiran sungai.

“Saya tak jumpa jalan keluar bila dah bertemu penghujung (jalan mati), jalan berlubang besar dan sangat dalam. Kereta lowered (rendah) jangan cerita, memang pecah. Anak menangis tak berhenti dan saya pula ‘anxiety’. Tercungap-cungap nak cari nafas. Allah je yang tahu, tawakal (sementara) menunggu bantuan,” katanya.

Katanya, selepas hampir dua jam, dua anggota polis peronda dan suaminya yang bergegas pulang dari tempat kerja berjaya menemui mereka pada pukul 9 malam.

Fadylla turut menepis dakwaan segelintir pihak yang memperlekeh tindakannya memuat naik perkongsian di media sosial.

“Bila dah berjam-jam dalam kereta tak dapat call ‘in and out’ semestinya saya sebagai ibu guna bermacam-macam cara nak minta tolong, nak selamatkan nyawa bayi. Saya upload (muat naik) di Instagram Story, tak lepas pun dan keluar dari hutan baru ada internet,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI