fbpx
Mohd. Shukri sedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung siasatan melibatkan penularan audio suara miripnya.

MB Perlis sedia bekerjasama pihak berkuasa kes audio suara miripnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli sedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung siasatan melibatkan penularan audio didakwa berunsur fitnah, penipuan serta penghinaan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid

Menurut beliau, bagaimanapun, pihaknya enggan mengulas lanjut berhubung penularan audio itu dan akan meneliti kandungannya terlebih dahulu.

“Saya pun tak pasti (penularan audio itu), saya kena tunggu dan kaji dulu la, kalau saya buat komen la (sekarang), takut tak kena, nanti viral (tular) pula,” katanya selepas Program ‘Mai Kita Sembang Masa Depan Perlis’ dan Penyampaian Elaun Bulanan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Perlis di Dewan Warisan, di sini, hari ini.

Tambahnya, buat masa ini, pentadbiran negeri juga masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO negeri membuat laporan polis berhubung penularan satu klip rakaman suara mirip suara Mohd. Shukri yang didakwa menyentuh perihal perbincangan peribadi antara Mohd. Shukri dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pengadu membuat laporan itu selepas melihat penularan video mengandungi rakaman suara berkenaan menerusi laman TikTok sekitar pukul 11.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI