fbpx
NOOR Azman digantung tugas selaku Setiausaha Agung FAM berkuatkuasa serta-merta.

FAM gantung Setiausaha Agung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

 

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman serta-merta susulan hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan isu pemalsuan dokumen.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram mengesahkan tindakan tegas itu dibuat hasil keputusan jawatankuasa bebas badan induk berkenaan semalam.

“Berhubung kes FIFA, Setiausaha Agung FAM (Noor Azman) digantung berkuat kuasa hari ini,” katanya pada sidang media khas yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Sebagai rekod, FAM sebelum ini mengakui kesilapan daripada pentadbiran menjadi salah satu punca tujuh pemain berdarah warisan digantung oleh FIFA.

Kosmo! turut melaporkan FIFA telah mengeluarkan laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision” FAM telah melanggar peraturan di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA babitkan pemalsuan serta pengubahsuaian dokumen rasmi.

Selain hukuman denda yang perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari, tujuh pemain turut digantung selama 12 bulan adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI